Thammasat University?
Nama universiti ini pernah ku dengar dari senior-senior aku sebelum ini. Apa tidaknya, universiti inilah tempat mereka berkelana mencari ilmu selama satu semester dalam program pertukaran pelajar. Cuak aku dengar mengenai pengalaman otai-otai Jabatan Asia Tenggara di universiti ini. Mungkin bagi mereka pengalaman itu cukup manis tetapi aku tak hairan. Nak buat apa pergi pertukaran pelajar, nanti kan kena extend pengajian pulak. Baik-baik belajar 7 semester, kena tambah 1 semester lagi jadi 8 semester.
Awal Mei 2014
Khabar angin bertiup kencang mengenai nama pelajar yang terpilih untuk ke program pertukaran pelajar selama 1 semester di Thammasat University. Yang pasti dalam senarai 4 orang yang terpilih itu, nama AHMAD TAUFIK BIN AZLAN tidak terpilih. Hehehe, nasib baik tak kena pilih. Kalau tidak, susahlah aku nak beri alasan kukuh untuk tolak tawaran yang aku tak ingin ini. Senarai pelajar terpilih ke program Outbound selama 1 semester diketuai oleh Zulhadis, Pok Nik, Bong, dan Ristoh. Dengar-dengar cerita, terdapat 2 atau 3 lagi kuota untuk ke Thammasat University. Ikutlah siapa-siapa pun yang nak ikut, yang pasti aku tak nak!!
Pertengahan Mei 2014
Terdapat 1 berita yang agak tak bagus- Zulhadis tak dapat mengikuti program Outbound ke Thailand kerana masalah peribadi. YDP Persatuan Crocodiles terpaksa menarik diri daripada mengikuti progam ini kerana masalah peribadi. Kesan berantai daripada ini, Dr Thirunaukarasu Subramaniam mencari pengganti untuk program ini. Entah kenapa kali ini hatiku terherak untuk mencuba nasib. Manalah tahu kalau-kalau dapat pergi. Kebaikan dan faedah di kemudian hari entah siapa tahu kan??..Jadi, nak dipendekkan cerita aku menghantar 4 nama kepada Dr Thiru untuk program pertukaran pelajar ini. Nama-nama tersebut ialah namaku sendiri, Aminah Fadzilah, Azrin Chan, dan Tuan Azimah. Setelah aku mencari resolusi terbaik untuk program ini, maka natijahnya aku seorang sahaja terpilih untuk menggantikan tempat Zulhadis. Ironinya, sebab namaku yang paling atas. Sebelum ini, khabar-khabar angin mengenai kuota untuk ke program Outbound ini ada 2 dan 3 lagi tempat namun disebabkan kelewatan dalam bertindak menyebabkan kuota-kuota terbabit disambar orang lain. Takdir memang takdir. Menyesal juga aku bagi nama. Sebelum ini aku beriya-iya sangat tak mahu pergi tapi kini aku pula yang sendiri menghantar nama di pejabat kepada Dr Thiru. Sungguh ku tak tahu mengapa aku bertindak begini??Apa-apapun aku terpaksa menelan kembali kata-kataku yang tidak mahu mengikuti program Outbound. Takdirku sudah ditetapkan untuk ke Thammasat University, Bangkok, Thailand pada Ogos ini..........(Akan bersambung)